Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang nentadbir seluruh alam. Puji-pujian bagi Allah yang nelimpahi nikmat-Nya dan memberi penambahan-Nya· Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian sebagaimana yang sesuai dengan kebesaran zat-Mu, dan kehebatan kekuasaan-Mu.
Ya Allah cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad hamba-Nya dan Pesuruh-Nya, Nabi yang ummi, dan ke atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Ya Allah, aku memohon dari-Mu kebajikan yang segera dan yang akan datang yang Engkau ketahui dan aku tidak ketahui. Aku memohon dari-Mu syurga dan apa saja yang boleh aku menghampiri kepada-Nya dari percakapan, perbuatan, gerak hati dan keyakinan dan aku berlindung dengan Engkau dari azab neraka.
Aku memohon kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh hamba-Mu dan Pesuruh-Mu, Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah, apa yang Engkau tentukan atasku sesuatu perkara, jadikanlah kesudahannya pertunjuk wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia.
Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, dengan kemurahan rahmar-mu, ukau memohon pertolongan, dan dari azab-Mu aku minta dijauhkan; dan perbaikkanlah keadaanku seluruhnya sebagaimana Engkau perbaikkan orang-orang yang salih. Maha Suci Tuhan; Engkau Tuhan yang Maha Mulia mengikut yang mereka sifatkun; dan selamat sejahteralah ke atas Rasul-rasul; dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kesihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang balk dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yagn tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami pertunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Ya Allah wahai Tuhan kami, kami berlindung denganMu daripada syak dan keraguan dan menyengutukanMu, dan kami berlindung denganMu daripada kufur dan beriman dengan pura-pura, dan kami juga mohon perlindungan denganMu daripada kejahatan akhlak, dan pandangan yang buruk, dan kesudahan yang buruk pada harta-harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami sekalian. Ya Allah, wahai Tuhan kami, kami berlindung dengan-Mu daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami juga mohon perlindunganMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenci kami di atas kekecewaan kami; dan kami mohon perlindunganMu daripada mengidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dalam dunia ini dan juga di dalam akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
like this very much!
BalasHapusthis like akhey....
BalasHapushehehe
Assalamu'alaikum...
BalasHapussetelah puter-puter, keliling-keliling dunia maya... terdamparlah di blog ini...
nyasar ke tempat yang tak asing lagi sepertinya...
salam ukhuwah caim... kk link ya...
Waslm.
BalasHapussilahkan kak
blog kakak im link juga yah
terimakasih kunjunganya
wassalam teteplah buat blog kayak gni spaya bisa kita pelajari,,,,,,,,,,,,,,
BalasHapus